Lelaki Dipenjara Baling Batu Rumah Menteri, Balai Polis

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2014 8:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara membaling batu hingga memecahkan cermin tingkap rumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, seorang penganggur pada Rabu dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Marmi Zabrin Mian, 31, turut dihukum penjara lima bulan atas kesalahan sama (membaling batu) sehingga memecahkan pintu kaca sebuah balai polis.

Dia mengaku bersalah atas kedua-dua kesalahan khianat tersebut.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 17 September lepas.

Bagi kesalahan pertama Marmi, didakwa melakukan perbuatan tersebut sehingga memecahkan cermin tingkap rumah Jamil Khir, melibatkan kerugian RM400 di Jalan Ipoh, di sini pada 7.20 pagi, 10 Mei lepas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kerugian RM500 dan didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Balai Polis Batu Taman Koperasi Fasa 2, di sini, pada 2.30 pagi, 12 September lepas. 

Marmi didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ketika merayu, Marmi hanya memohon maaf berulang kali dan berharap diberi hukuman paling ringan kerana perlu menjaga ibu bapa yang uzur berusia 70-an.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling.


Tags / Kata Kunci: penganggur , baling batu , Jamil Khir Baharom

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan