Empat Anggota Polis Didakwa Terima Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 1:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat anggota polis masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan meminta rasuah sebagai dorongan untuk melepaskan seorang lelaki yang ditangkap kerana kesalahan dadah.

Tertuduh adalah Inspektor K Ravindran, 33, Koperal Mahzan Hakim Mohamad Zain, 31, Lans Koperal Faizal Miza Zakariah, 30, dan Konstabel Jasli Jahirin, 24, yang kesemuanya bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Sentul.

Mengikut pertuduhan, Ravindran didakwa meminta suapan iaitu wang tunai RM40,000 daripada seorang peniaga, Dhalgit Singh Mahinder Singh, 31, melalui panggilan telefon bimbit milik K Manimaran sebagai dorongan untuk melepaskan Manimaran yang ditangkap atas kesalahan menyimpan dadah.

Ravindran didakwa melakukan kesalahan itu, antara 8.15 malam dan 10.15 malam, 4 Jun 2013, di Kepong di sini mengikut Seksyen 16(a)(B), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pegawai polis itu juga didakwa dengan niat bersama tiga lagi tertuduh iaitu Mahzan Hakim, Faizal Miza dan Jasli cuba memperoleh rasuah wang tunai itu daripada individu sama bagi tujuan sama, pada keesokannya.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bahu jalan berhadapanRestoran McDonald's, di Kepong, di sini, antara 1.30 pagi dan 2 pagi. Mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (a), akta sama yang boleh dipenjarasehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. 

Hakim Allaudeen Ismail membenarkan Ravindran diikat jamin RM15,000 bagikedua-dua kes manakala RM10,000 bagi setiap tertuduh lain dan menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim manakala peguam Geethan Ram Vincent mewakili kesemua tertuduh.

Tags / Kata Kunci: rasuah , anggota polis

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan