Kes Liwat II: Keputusan Rayuan Bukan Pada Selasa

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 12:17 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak akan diketahui pada Selasa.


Wakil peguam pasukan pembelaan, Ramkarpal Singh berkata, pihaknya yakin panel lima hakim Mahkamah Persekutuaan memerlukan masa yang lebih untuk menilai hujahan kedua-dua pihak.

Malah katanya, pasukan pembelaan juga hanya akan menggulung hujahan mereka bermula pagi Rabu.

"Saya sangsi keputusan akan dibuat esok. Mungkin hari lain," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan ketika prosiding berhenti rehat pada pagi Selasa.

Prosiding pada Selasa yang masuk hari keenam menyaksikan pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyambung semula hujahnya.

Muhammad Shafee dijangka membuat penggulungan hujahannya sebelum mahkamah berhenti rehat pada tengah hari Selasa.

"Lepas itu (prosiding sesi petang Selasa) kami ada empat peguam yang akan memberi hujahan balas.

"Kami akan bermula petang ini didahului dengan Sangeet Kaur Deo, Gobind Singh Deo dan kemudian sama ada saya atau Datuk Seri Gopal Sri Ram. Tapi itu terpulang kepada masa. Berapa lama masa yang dibenarkan. Jadi besar kemungkinan ia akan bersambung esok," kata Ramkarpal.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan