Kes Liwat II: Anwar Acah Cabut Bulu Roma

Diterbitkan: Selasa, 4 November 2014 11:41 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Akibat terus diasak oleh pasukan pendakwaan berhubung profil 'Lelaki Y', Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan selamba 'menawarkan' diri untuk menyerahkan sample DNA beliau.

Bagaimanapun, tawaran itu hanya dibuat kepada wakil media yang berada di luar kamar Mahkamah Persekutuan pada Selasa.

Ketika prosiding berhenti rehat pada pukul 11 pagi, ketua pembangkang itu dengan wajah ceria tampil di hadapan kumpulan media sambil mengacah untuk menyerahkan sample DNA beliau.

Sambil menghulurkan tangan dan seakan mahu mencabut bulu roma tangan kirinya, Anwar berkata: "Dia (pendakwa) minta saya punya DNA, saya bagi lah.

"You minta? Ni saya nak bagi lah ni."

Sejak pasukan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah pada Jumaat lalu, pihaknya menyentuh mengenai bahan kes dari lokap bagi yang digunakan untuk mendapatkan DNA Anwar.

Menurut Muhammad Shafee,  penggunaan barangan peribadi yang digunakan Anwar itu merupakan inisiatif pihak pendakwaan berikutan keengganan Anwar menyerahkan sampel DNA miliknya.

Bukti DNA itu penting untuk dipadankan dengan profil 'Lelaki Y' yang diperoleh daripada tubuh pengadu dalam kes liwat Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Anwar Ibrahim , DNA , bulu roma

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan