Rizalman Berjaya Dalam Permohonan Tukar Alamat - Berita Mahkamah | mStar

Rizalman Berjaya Dalam Permohonan Tukar Alamat

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 6:57 PM

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: Bekas atase tentera Malaysia di Wellington, yang menghadapi pertuduhan pecah rumah dan cuba merogol seorang wanita New zealand pada 9 Mei, berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Daerah Wellington untuk menukar alamatnya semasa dibebas dengan ikat jamin. 

Bagaimanapun, Hakim Bruce Davidson pada Isnin melanjutkan waktu berkurung yang dikenakan ke atas Muhammad Rizalman Ismail, daripada 10 malam hingga 7 pagi kepada 7 malam hingga 7 pagi.

Syarat lain ikat jamin, termasuk tidak mendekati pengadu, Tania Billingsley, 21, atau mengunjungi kawasan Wellington meliputi kawasan pinggir Newton dan Berhampore dan Cuba Street dikekalkan.

Alamat tempat tinggal Rizalman terus disekat daripada disiarkan.

Rizalman, bekas pembantu staf pertahanan di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dijadual dihadapkan ke mahkamah pada 26 November untuk membuat pengakuan terhadap pelbagai pertuduhan jenayah.

Berita mengenai Rizalman dan keputusan kes yang didengar oleh mahkamah pada Isnin disiarkan televisyen nasional New Zealand.
Tags / Kata Kunci: Rizalman , Wellington
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan