Perkahwinan Dengan Miss Malaysia Tak Boleh Diselamatkan Lagi

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 10:36 PM

Khoo (kiri) dan Pauline.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Perkahwinan ini tidak boleh diselamatkan lagi dan oleh itu tiada gunanya saya merujuk masalah rumah tangga kami kepada pihak pendamai sebelum memfailkan petisyen perceraian," kata suami bekas Miss Malaysia Pauline Chai Siew Phin. 

Jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng, 74, berkata beliau telah banyak kali cuba untuk berbaik semula melalui kumpulan agama untuk menyelamatkan perkahwinannya, tetapi tidak berjaya.

"Walaupun saya tidak mahu ia berakhir, namun ia berakhir juga. Pada waktu malam, dia boleh ambil pisau dan tikam saya," katanya dalam pemeriksaan balas oleh peguam Edmund Bon, yang mewakili Chai, 68. 

Bon bertanya kepada Khoo sama ada beliau ingin cuba menyelamatkan perkahwinan selama 43 tahun itu sekiranya mahkamah memerintahkan diadakan proses berdamai.

Dalam afidavit sokongan yang dikemukakan kepada mahkamah, Khoo menyatakan beliau berhasrat memohon mahkamah membubarkan perkahwinannya dengan Chai atas alasan keruntuhan rumah tangga mereka tidak boleh diselamatkan lagi.

"Bagaimanapun, saya dinasihati pegum saya dan amat meyakini bahawa mengikut Seksyen 106(1) Akta berkenaan, saya tidak boleh mengemukakan petisyen perceraian mengikut Seksyen 53 Akta itu, melainkan terlebih dahulu merujuk masalah rumah tangga yang dihadapi kepada pihak pendamai, kecuali terdapat keadaan yang mengecualikannya daripada berbuat demikian seperti yang terkandung dalam Seksyen 106 (1)," katanya.

Akta yang dimaksudkan Khoo itu ialah Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Pada prosiding Isnin, Khoo berkata adalah tidak praktikal dan tidak mungkin bagi Chai untuk pulang ke Malaysia bagi menghadiri prosiding perdamaian kerana beliau telah tinggal di England sejak 2012.

Khoo memberi keterangan di hadapan hakim Yeoh Wee Siam berhubung permohonannya untuk mengetepikan keperluan menghadap badan pendamai untuk berbaik-baik semula sebelum bercerai.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa pada 14 Feb tahun lepas, Chai memfailkan prosiding perceraian di Pejabat Ketua Pendaftar Bahagian Keluarga Mahkamah Tinggi Keadilan England dan Wales untuk membubarkan perkahwinan mereka. 

Kata Khoo isteri beliau tidak bercakap benar tentang banyak perkara berkaitan perkahwinan mereka dan tindakan untuk bercerai bermula daripadanya.

Beliau berkata England dan Wales tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar prosiding perceraian mereka dan hanya Mahkamah Tinggi Malaysia mempunyai kuasa untuk mendengar isu itu. 

"Bagaimanapun, berikutan tindakan defendan (Chai) memfailkan permohonan untuk bercerai dan membuat permohonan sebelah pihak bagi mendapatkan relif injunktif sementara, saya ingin menyatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa perkahwinan ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi," kata Khoo, yang diwakili peguam Datuk Cyrus Das. 

Pada Februari tahun lepas, Chai, Miss Malaysia/International 1969, memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London dan menuntut penyelesaian £500 juta (kira-kira RM2.75 bilion).

Khoo, pengerusi sebuah syarikat pemegang pelaburan antarabangsa, Malayan United Industries Bhd, yang kini menetap di Ampang, Kuala Lumpur, memfailkan petisyen perceraian itu di sebuah mahkamah Malaysia.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak. 

Perbicaraan bersambung esok.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan