Rayuan Kes Liwat: Jumlah Penyokong Setia Anwar Semakin Berkurang

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 10:44 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Masuk hari kelima prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin, kelibat penyokong Ketua Pembangkang itu dilihat semakin berkurangan.

Berbanding minggu lalu, hari ini kelihatan kurang 50 orang penyokong Anwar yang masih setia menunggu di luar perkarangan Istana Kehakiman.

Turut kelihatan sekumpulan penyokong Ahli Parlimen Pematang Pauh itu berhimpun sambil membacakan Surah Yassin menggunakan sistem pembesar suara.

Suasana tenang itu turut diawasi anggota keselamatan yang mengawal di tengah perkarangan Istana Kehakiman bagi mengasingkan antara penyokong Anwar di penjuru kanan dan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan di bahagian kiri.

Kes rayuan Anwar bermula dengan sambutan menggalakan daripada penyokongnya, sehingga tercetus pergaduhan sesama sendiri.

Sokongan itu turut diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemimpin utama Parti Keadilan rakyat (PKR) yang memakai baju sama sebagai tanda sokongan.

Bagaimanapun kesetiaan tidak berbelah bahagi pada hari pertama itu hanya bertahan selama tiga hari sebelum mereka kelihatan beransur kurang termasuk pemimpin utama pada hari seterusnya.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah Persekutuan , Anwar Ibrahim , Liwat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan