Rayuan Kes Liwat Anwar Bermula Untuk Hari Kelima

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 9:31 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan dengan pihak pendakwaan menyambung semula hujah di Mahkamah Persekutuan pada Isnin.

Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka menyentuh mengenai bahan kes dari lokap berasaskan perbandingan yang menyatakan berus gigi, tuala dan botol air telah digunakan Anwar.

Pada prosiding hari keempat Jumaat lalu, Muhammad Shafee hanya selesai membentangkan kira-kira 20 atau 30 peratus daripada keseluruhan hujahnya.

Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Beliau berhujah dihadapan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Terdahulu Ketua Pembangkang itu tiba di perkarangan Istana Kehakiman di sini  kira-kira pukul 8.50 pagi.

Beliau diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, suasana di luar Istana Kehakiman yang riuh dengan penyokong Anwar bagaimanapun kembali sepi dengan hanya kehadiran kurang 30 pengikutnya pada pagi Isnin. 

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan