Rayuan Kes Liwat: Anwar Dakwa Pendakwaraya Berhujah Berdasarkan Politik

Diterbitkan: Isnin, 3 November 2014 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak pendakwaan berhujah berdasarkan fakta saintifik dan bukan dari segi politik dalam membuktikan dakwaan beliau meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tegas Ketua Pembangkang itu, isu DNA yang menjadi perkara utama dibangkitkan pasukan pembelaannya perlu dibentangkan dengan bukti saintifik tanpa mengelirukan barisan hakim.

"Kena faham DNA itu adalah sains, bukan politik. Jadi (hujah yang dibentangkan pihak pendakwa) ada fakta, ada juga yang tidak. Ada yang sahih dan ada yang tidak.

"Perkara ini dijadikan mainan dan sentimen politik...itu tidak akan membantu (menguatkan fakta kes) melainkan hakim-hakim tertinggi terkeliru," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini, Isnin.

Mengulas lanjut Anwar bagaimanapun yakin panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria tidak akan terkeliru dengan hujahan pihak pendakwaan yang dianggap cuba mengelirukan mahkamah.

"Tapi saya tak fikir begitu (terkeliru) kerana saya lihat berbeza dengan pengalaman sebelum ini apabila hakim memberi perhatian yang cukup teliti terhadap hujah yang dikemukakan," katanya.

Selain itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut melahirkan kekecewaanya apabila ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sekali lagi membangkitkan mengenai kredibiliti peguam utama pembelaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Gopal Sri Ram merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

"Pihak pendakwa persoalkan tentang kedudukan Datuk Seri Gopal Sri Ram. Mereka patut hormat hak saya untuk memilih peguam yang saya anggap mampu mengetuai pasukan ini.

"Biarlah saya selesa dengan seorang yang ada keupayaan mengemukakan fakta dan undang-undang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Mahkamah Persekutuan , Liwat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan