Tidak Mungkin Mohd Saiful Reka Bukti Kes Liwat

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 6:45 PM

Sebahagian penyokong Mohd Saiful hadir menyatakan sokongan terhadap sistem kehakiman negara di hadapan bangunan mahkamah ketika menunggu keputusan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim di Istana Kehakiman, Putrajaya.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mungkin mereka-reka bukti kerana terdapat kebenaran yang nyata dalam keseluruhan keterangan berhubung dakwaan dia diliwat Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Jumaat.

Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Mohd Saiful, pengadu dalam kes itu, boleh mengada-adakan bukti, tetapi dia tidak berbuat demikian.

"Terdapat banyak kebenaran. Anak muda ini tidak mungkin mereka-reka cerita. Dia boleh menafikan beberapa perkara tertentu, tetapi dia tidak berbuat demikian, jadi dia adalah saksi yang jujur," katanya.
 
Muhammad Shafee berkata Mohd Saiful telah menjawab dengan spontan soalan yang dikemukakan di mahkamah dan memberi penjelasan mendalam, satu persatu apa yang berlaku, sebelum dan selepas dakwaan liwat itu.

Beliau juga berhujah Mohd Saiful telah diganggu secara seksual oleh Anwar di tempat kerjanya sebelum kejadian itu yang mana dia menjadi perhatian seorang yang paling dominan, berpengaruh dan berkarisma.

Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. 

Beliau berkata penderaan seksual itu berlaku dalam tempoh empat bulan sebelum Mohd Saiful berhenti menjadi pembantu peribadi Anwar.

Muhammad Shafee menjelaskan terdapat tanda yang menunjukkan kejadian liwat pada 26 Jun 2008 itu, bukan kali pertama berlaku berdasarkan keterangan Mohd Saiful dan dia turut menunjuk cara bagaimana ia berlaku.

"Saksi (Mohd Saiful) berkata perbuatan itu kasar. Katanya dia merasa sakit di bahagian rektum dan 'senak perut' dan 'Anwar memancutkan air maninya ke dalam dubur saya seperti biasa'," hujah beliau.

Muhammad Shafee berkata perkataan 'seperti biasa' menunjukkan kejadian itu telah berlaku lebih daripada sekali.

Beliau berkata Mohd Saiful berkata selepas mereka berbincang tentang jadual kerja, Anwar mendekatinya dan berkata, "Can I f... you today?"
 
Muhammad Shafee berkata perkataan itu hanya boleh disebut jika seseorang benar-benar mengenali individu berkenaan. 

Menyifatkan Mohd Saiful sebagai seorang saksi yang jujur, Muhammad Shafee berkata pengadu turut menunjuk cara perbuatan liwat itu di kondominium di hadapan hakim perbicaraan. 

Beliau berkata pada mulanya Mohd Saiful enggan menerima tawaran Anwar untuk melakukan liwat, tetapi apabila Anwar mulai berang, kedua-dua mereka pergi ke bilik tidur utama tempat kejadian liwat itu berlaku.

Muhammad Shafee juga berhujah sekiranya tiada sebarang hubungan antara mereka berdua, apa perlunya Anwar memberi sut pakaian Brioni (pakaian mewah jenama Itali) kepada Mohd Saiful. 


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan