Penuntut Kolej Swasta Didakwa Bunuh Kakak Kandung

Diterbitkan: Jumaat, 31 Oktober 2014 4:59 PM

Wei Jun, dibawa keluar oleh anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh kakak kandungnya di rumah mereka di Kota Kemuning di Shah Alam minggu lepas, di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penuntut kolej swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan membunuh kakak kandungnya di rumah mereka di Kota Kemuning di sini minggu lepas.

Toh Wei Jun, 18, didakwa membunuh Toh Wei Teen, 22, di rumah mereka di Taman Kemuning Utama, Seksyen 33 di sini, antara 11.12 malam, 25 Oktober lepas sehingga 3.30 pagi keesokannya.

Tertuduh, anak bongsu lelaki daripada tiga beradik, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Wei Jun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin menetapkan 1 Dis ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rustam Sanip sementara tertuduh diwakili peguam Datuk Arunan Selvaraj.

Sepanjang prosiding, ibu tertuduh dilihat sentiasa menangis sambil ditenteramkan suami dan anggota keluarganya.

Akhbar sebelum ini melaporkan mayat Wei Teen, anak kedua, yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Sabah ditemui dalam keadaan lehernya dikelar di depan pintu biliknya. 


Tags / Kata Kunci: Taman Kemuning Utama , Toh Wei Jun

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan