Pendakwa Akan Sanggah Hujah Pembela Esok - Muhammad Shafee

Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 6:19 PM

Muhammad Shafee Abdullah.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pada Jumaat, pihak pendakwaan akan menyanggah hujah pihak pembelaan dalam rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata oleh kerana pihak pembelaaan menambah alasan baharu dalam rayuan itu, maka pasukan pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti penghujahan yang begitu panjang.

"Saya akan bermula dengan membentangkan fakta kes. Saya seorang sahaja yang akan membentangkan penghujahan," katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Persekutuan di sini Khamis selepas prosiding rayuan itu ditangguh.

Beliau berkata hanya baru-baru ini pihak pendakwaan menerima penghujahan itu, termasuk alasan baharu yang ditambah dalam petisyen rayuan daripada pihak pembelaan.

Katanya pihak pendakwaan sudah menyiapkan 85 peratus daripada penghujahannya dan perlu menyediakan 15 peratus lagi bagi alasan baharu yang ditimbulkan pihak pembelaan.

Pasukan pembelaan mengakhiri penghujahannya pada Khamis setelah tiga hari berhujah di hadapan panel lima anggota yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Mahkamah telah mendengar penghujahan daripada peguam bela utama Anwar Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, serta peguam N. Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh.

Pada Selasa, Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa pasukan pembelaan mengemukakan 46 alasan dalam petisyen rayuan yang baharu.

Pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan yang memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.

Anwar, 67, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , kes liwat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan