Koperal Polis Didakwa Terima Suapan

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 2:42 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima suapan wang tunai bernilai RM1,150 pada 2013.

Koperal Nordin Kamat, 55, dituduh menerima suapan itu daripada Ng Lap Ken sebagai dorongan tidak mengenakan tindakan terhadapnya yang menjalankan perniagaan cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) haram.

Dia melakukan kesalahan itu di premis nombor 89, Jalan Tingkat Kurau 4,Taman Chai Leng, pada 10 malam, 28 Oktober 2013.

Nordin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Hakim Julie Lack menetapkan 19 Nov ini untuk sebutan semula kes dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam Jason Khoor.

Tags / Kata Kunci: polis , rasuah , dakwa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan