Peguam Bela Anwar Persoal Kewujudan KY Jelly Dalam Perbuatan Liwat

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 3:06 PM

Pasukan pembelaan kes rayuan Anwar Ibrahim iaitu Gopal Sri Ram (kanan) dan R Sivarasa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pasukan pembelaan dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mempersoal sama ada terjadi penembusan dalam perbuatan liwat yang didakwa berlaku kerana keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten berhubung kewujudan bahan pelincir dalam perbuatan itu.

Dalam hujahnya, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful, di MahkamahTinggi, perbuatan itu dilakukan secara kasar serta laju hingga menyebabkannya mengalami kesakitan pada anus dan perut.

Berhujah di hadapan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Sri Ram berkata sekiranya keterangan itu betul, maka bahan pelincir dikenali sebagai 'KY Jelly' telah tidak digunakan kerana penggunaannya bertujuan memudahkan penembusan dan mengelak kesakitan.

Katanya bukti perubatan mengesahkan bahawa tiada trauma atau kecederaan dikesan pada anus Mohd Saiful.   

Sri Ram berkata bahan pelincir itu tidak disebut pihak pendakwaan dalam senarai barang kes yang diambil daripada Mohd Saiful, saksi pertama dalam perbicaraan kes liwat berkenaan.

"Ketiadaan bahan pelincir dalam senarai itu menimbulkan keraguan serius tentang kredibiliti Mohd Saiful serta ketiadaan kredibiliti dalam kes yang dikemukakan pendakwa dan keseluruhan penyiasatan," katanya serta menegaskan bahawa dalam laporan polis juga, Mohd Saiful tidak menyebut tentang penggunaan jeli itu.

Menjawab soalan Arifin kenapa beliau berkata tidak wujud kredibiliti, Sri Ram berkata sekiranya jeli digunakan, Mohd Saiful tidak akan mengalami kesakitan.

Sri Ram berhujah bahawa hakim perbicaraan langsung tidak memberi tumpuan terhadap bahagian berkenaan dalam kes terbabit, walaupun perkara itu (penggunaanKY Jelly) menjadi tumpuan asakan dalam pemeriksaan balas oleh peguam KarpalSingh.   

Sri Ram berkata dalam keterangannya, Mohd Saiful menyatakan air mani terus berada di dalam anusnya selama beberapa hari, tetapi dalam keterangannya ketika disoal balas oleh Karpal, Mohd Saiful berkata dia tidak mandi selepas berlaku kejadian itu dan hanya membilas tubuhnya, tetapi mandi pada pagi sebelum kejadian itu.

"Ini menunjukkan keterangan Mohd Saiful tidak konsisten," katanya.

Sri Ram berkata KY Jelly adalah bahan kes penting, tetapi ia hanya muncul dalam pemeriksaan utama oleh pihak pendakwa terhadap Mohd Saiful danMohd Saiful pula memberitahu mahkamah bahawa dia sendiri membeli jeli itu sebelum pergi ke kondominium berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan