Sambung Bicara Kes Saman Fitnah Abdul Hadi Pada 23 November Ini

Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 3:27 PM

Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 23 November depan untuk menyambung perbicaraan kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu berikutan kegagalan pihak plaintif mengemukakan seorang lagi saksi daripada akhbar Kosmo untuk memberi keterangan. 

Abdul Hadi hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, yang diiringi kira-kira 1,000 penyokong, untuk memberi keterangan sebagai saksi defenden pada Selasa untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman itu. 

Peguam Hadi Asmuni Awi ketika ditemui di luar mahkamah berkata dalam perbicaraan plaintif telah memanggil seorang sahaja saksi iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Azan Ismail bagi memberi keterangan.

"Sepatutnya seorang lagi plaintif daripada Kosmo, bagaimanapun tidak dapat hadir sungguh pun waran tangkap telah dikeluarkan, tapi waran tangkap tidak dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.

Katanya selain Hadi, turut hadir memberi keterangan sebagai saksi defenden ialah Adun Alur Limbat Ariffin Deraman.

Pada 23 Februari lepas Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul pada 5 Dis tahun lalu.

Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lepas sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besise hingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan