Rizalman Ditahan Mahkamah New Zealand

Diterbitkan: Sabtu, 25 Oktober 2014 3:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai waran dua Muhammad Rizalman Ismail telah ditahan selepas tampil di Mahkamah Zealand pada Sabtu, lima bulan setelah dia melarikan diri dari negara itu.

The New Zealand Herald melaporkan bahawa Rizalman, yang telah dituduh melakukan pecah rumah dan serangan tampil di hadapan Majistret Hewitt Humphrey di Mahkamah Daerah Wellington.

Akhbar harian itu melaporkan bahawa lelaki berusia 38 tahun itu berdiri tenang di kandang tertuduh semasa prosiding itu yang hanya berjalan untuk beberapa ketika.

Dia mengenakan jaket kulit berwarna coklat dan kemeja biru.

Berikutan penahanannya itu, satu waran tangkap yang telah dikeluarkan pada 30 Mei dibatalkan, akhbar harian itu melaporkan.

Rizalman meninggalkan Malaysia pada 8.55 pagi Jumaat dan tiba di Wellington kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan, Sabtu.

Dia dijadualkan muncul semula di mahkamah pada Selasa.

Terdapat ramai kehadiran pemberita di Mahkamah Wellington dengan pegawai dilaporkan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia dilihat berada di galeri awam.

Sebelum penampilan Rizalman di mahkamah yang sudah lama ditunggu ini, portal New Zealand stuff.co.nz melaporkan bahawa Majistret Hewitt Humphrey mendengar penghujahan mengenai permohonan media untuk penggambaran dan fotografi di mahkamah.

Peguam Rizalman Dr Donald Stevens QC menentang permohonan, dengan alasan liputan media akan merosakkan hak anak guamnya untuk perbicaraan yang adil dan gambar Rizalman yang masih "jetlagged" selepas penerbangan yang panjang tidak akan menggambarkan keadaan anak guamnya berada dalam keadaan yang baik.

Pendakwa Grant Burston menerima alasan itu tetapi berkata keadaan itu akan berubah dengan penampilan berikutnya.

Seorang wakil media menentang hujah-hujah dengan alasan kepentingan awam dan percambahan gambar tertuduh sudah tersebar luas, juga mempertikaikan defendan lain tidak diberikan privasi ketika muncul di mahkamah dalam keadaan penat. 

Majistret Hewitt Humphrey bersetuju dengan penghujahan peguam 'dan membenarkan rakaman 'footage' prosiding tetapi bukan defendan kerana dia harus dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Stevens tidak menentang perintah hakim untuk menahan reman, stuff.co.nz melaporkan. 

Rizalman, bekas pegawai waran dua di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dituduh melakukan rompakan dan serangan dengan niat untuk merogol Tania Billingsley, 21, di rumahnya pada 9 Mei.

Meskipun menghadapi perbicaraan di sana, dia kembali ke Malaysia pada 22 Mei selepas Wisma Putra menggunakan kekebalan diplomatiknya.

Rizalman menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan selepas tiba dan telah dilepaskan pada akhir bulan Julai.

Wisma Putra mengesahkan awal bulan ini bahawa ia telah menerima permintaan rasmi daripada kerajaan New Zealand untuk mengekstradisi Rizalman.

Permintaan itu dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Tags / Kata Kunci: Rizalman , Mahkamah Wellington

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan