Mahkamah Rayuan Kekalkan Penjara 15 Tahun Bekas Guru Rogol Pelajar

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 10:09 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan, hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan dengan rotan terhadap seorang bekas guru disiplin bagi kesalahan merogol pelajar perempuan 15 tahun kira-kira tiga tahun lepas.

Panel hakim tiga anggota dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan Ahmad Shukran Ramli terhadap sabitannya, memutuskan terdapat bukti kukuh terhadapnya.

Beliau juga berkata mahkamah tidak mempunyai alasan untuk menganggu keputusan penjara diputuskan Mahkamah Sesyen dan dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi kerana Ahmad Shukran merupakan guru pada ketika kejadian itu dan mangsa ialah pelajarnya.

"Ini adalah jenayah serius," kata Hakim Md Raus, yang turut menolak rayuan Ahmad Shukran bagi pengurangan tempoh penjara.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Ahmad Shukran dituduh merogol pelajar perempuan itu di sebuah bilik tidur di kuarters guru di sebuah sekolah menengah di Pahang pada 3.30 petang, 5 Mei 2011.

Pada 19 Mac tahun lepas, Mahkamah Sesyen mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan dengan rotan.

Mahkamah Tinggi menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 17 Sept tahun lepas.

Menurut fakta kes, Ahmad Shukran telah menelefon ibu pelajar itu untuk membenarkan pelajar itu pergi ke kuartersnya untuk menyiapkan kerja projek bagi kelab seni sekolah itu.

Ibu pelajar itu pada awalnya enggan membenarkan anaknya pergi tetapi Ahmad Shukran memberitahunya pelajar lain akan turut serta berada di kuarters.

Dia kemudian meminta seorang daripada kawan pelajar itu pergi ke rumah pelajar itu untuk menjemputnya dan membawanya ke kuarters itu, dan merogolnya.

Ahmad Shukran diwakili peguam G. Nanda Goban manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan