Felda Menang Saman Fitnah Terhadap Wan Azizah

Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya menang saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said memutuskan bahawa Felda sebagai sebuah badan berkanun mempunyai hak untuk menyaman pihak-pihak di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pembangunan Tanah 1956.

"Terdapat peruntukan undang-undang bagi plaintif (Felda) di untuk mendakwa. Oleh itu, Felda boleh memulakan prosiding sivil (terhadap defendan). Ia boleh menyaman untuk melindungi reputasinya," katanya selepas menolak isu awal yang dibangkitkan dalam perkara itu pada Jumaat.

Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfail saman terhadap Dr Wan Azizah, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali; Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan Rusnizam Mahat yang menulis artikel itu atas dakwaan menyiarkan dua artikel memfitnah Felda dalam akhbar berkenaan.

Felda mendakwa artikel bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010.

Felda mendakwa penerbitan artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan serta keyakinan penerokaa Felda terhadap agensi itu.

Tags / Kata Kunci: Wan Azizah Wan Ismail , Felda

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan