Sukan Bogel: Mahkamah Tetapkan 21 November Pengurusan Kes Empat Individu

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret pada Khamis menetapkan 21 November untuk pengurusan kes empat individu yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kegusaran kepada orang awam kerana berbogel di tempat awam pada 30 Mei lepas. 

Majistret Muhammad Najib Ismail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pembelaan mendapatkan dokumen daripada pihak pendakwaan.

Tertuduh yang terdiri daripada tiga wanita iaitu Chew Tok Hwa, 57, Chan Chin Weng, 27, dan Teh Guan Hoon, 37, serta seorang lelaki, Kong Meng Leong, 38, telah dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing RM4,000 berserta seorang penjamin.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 30 Mei lepas di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang di antara pukul 3 hingga 6 petang.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Wan Noraini Ahmad yang mewakili Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani dan Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan. 

Teh diwakili peguam Jason Khor Jit Cheng manakala tertuduh yang lain diwakili peguam Gobind Singh Deo.
Tags / Kata Kunci: sukan bogel , Teluk Kampi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan