Cabul: Rakyat Malaysia Di Singapura Dipenjara 3 Tahun, Sebat

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 6:03 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia dikena hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan pada Khamis kerana mencabul seorang budak lelaki berusia 11 tahun.

Lee Kok Long, 26, mengaku bersalah kerana memaksa budak tersebut masuk ke sebuah tandas dan meramas kemaluannya di Kelab Komuniti Fuchun di Woodlands pada 7 Disember tahun lepas.

Dia turut mengaku mencuri dua telefon bimbit bernilai S$496 dari sebuah unit pangsapuri di Blok 314 Woodlands Street 31 kira-kira lapan bulan sebelum itu.

Mahkamah diberitahu bahawa ketika kejadian Lee sedang membuang air kecil dan melihat mangsa di dalam tandas berkenaan.

Budak itu yang hendak keluar dari tandas dipaksa masuk kembali, sebelum Lee menutup pintu dan mencabulnya. Budak lelaki itu kemudiannya melarikan diri, dan memberitahu bapanya mengenai kejadian itu, apabila berada di rumah.

Dua beranak itu kemudiannya mencari Lee sebelum dikesan di ruang bawah blok pangsapuri itu di Woodlands Street 31. Bapa mangsa bersemuka dengan Lee dan menghubungi polis.

Pada April tahun lepas, Lee berjalan di kaki lima pangsapuri pada awal pagi dan melihat sebuah rumah dengan pintu terbuka, dan terdapat seorang lelaki sedang tidur, di mana dua telefon bimbit diletakkan di atas katil berdekatan.

Lee mencuri kedua-dua telefon bimbit itu menggunakan kayu sepanjang 1.5 meter.

Lee menjual salah satu daripada telefon bimbit yang dicuri pada harga S$550, dan satu lagi ditemui ketika dia ditahan.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan kerana mencabul budak di bawah usia 14 tahun. Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikena hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda. The Straits Times/ANN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan