ASP Polis Dituduh Minta, Terima Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 15 Oktober 2014 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada orang awam pada 2011.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Zaharuddin Zainal Abidin, 46, didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Tan Ah Eng sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Tan kerana menganjurkan judi haram di Simpang Empat dekat sini.

Tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Turus D7 (Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis didakwa melakukan kesalahan itu di bilik nombor 237 Hotel Putra Palace di sini pada Mac 2011.

Pertuduhan kedua, dia didakwa memperoleh wang tunai RM4,000 daripada Tan di bilik nombor 237 Hotel Putra Palace di sini pada Mac 2011.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pilihan yang didakwa berlaku di tempat dan masa yang sama, Ahmad Zaharuddin dituduh menerima wang tunai RM4,000 dengan tiada balasan daripada Tan, yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerjanya sebagai Ketua Cawangan D7.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Rosli Osman menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 November tarikh sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM A Hafiizh Abu Bakar dan Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh diwakili peguam Firuz Jaffril.


Tags / Kata Kunci: ASP , rasuah , Pegawai Turus D7

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan