Syarikat Pengusaha Stesen Minyak Didakwa Simpan Diesel

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 2:17 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sebuah syarikat pengusaha stesen minyak dan dua pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Isnin atas tuduhan menyimpan barang kawalan iaitu 309,525 liter diesel di premis tidak dibenarkan di perairan Sungai Kong Kong, Pasir Gudang, Jun lepas.

Syarikat Great Future Petroleum Sdn Bhd, didakwa menyimpan diesel itu di premis yang tidak dibenarkan oleh Pengawal Bekalan untuk penyimpanan iaitu di atas kapal MT Hui Cai di perairan sungai berkenaan pada kira-kira 6 petang, 6 Jun lepas.

Syarikat beralamat di Puchong, Selangor itu yang diwakili dua pengarahnya, Datuk Lokman Mustafa, 56, dan M.Kaniappan, 68, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum bawah Seksyen 22(2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM250,000 dan bagi kesalahan kedua denda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Lokman dan Kaniappan atas kapasiti mereka sebagai pengarah syarikat pula, masing-masing turut dituduh melakukan kesalahan yang sama di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 22(4) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya denda maksimum RM250,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Alison Chan memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lagi pengarah syarikat itu, K.Alagendra, 27, yang gagal hadir di mahkamah pada Isnin walaupun notis saman telah dikeluarkan terhadapnya.

Beliau juga memohon supaya Lokman dan Kaniappan tidak dibenarkan jaminan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz, bagaimanapun membenarkan Lokman dan Kaniappan, masing-masing diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin selepas mendengar alasan dan rayuan dikemukakan mereka.

Mohamad Haldar menetapkan 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan mengarahkan pasport antarabangsa kedua-duanya diserah kepada mahkamah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan