Wanita, Teman Lelaki Didakwa Bunuh Kanak-Kanak Lelaki

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 11:08 AM

Mayat kanak-kanak lelaki ditemui polis di dalam semak berhampiran ladang kelapa sawit.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang mayatnya ditemui berhampiran ladang kelapa sawit, T. Gayathry, 30 pada Isnin didakwa atas tuduhan membunuh oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Turut didakwa atas pertuduhan sama adalah teman wanita tersebut, R.Saravanan Kumar, 24, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pasangan tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Ladang, Permatang Serai di Bukit Tengah di sini antara pukul 8 pagi pada 20 September dan 11.25 pagi, 29 September lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang tidak ditawarkan ikat jamin.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan ikat jamin tidak dibenarkan untuk kesalahan itu.

Kanak-kanak tersebut dikatakan dibunuh secara tidak sengaja oleh ibunya di rumah mereka di Kulim sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak di ladang sawit berhampiran Permatang Tinggi, Bukit Tengah bulan lalu.

Mayatnya ditemui oleh polis tujuh hari kemudian selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang.

Ibu mangsa dilaporkan membuat laporan polis mendakwa anak lelakinya hilang ketika bersiar-siar dekat Esplanade pada 23 September lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Musyiri Peet menetapkan sebutan semula kes pada 15 Disember ini.




Tags / Kata Kunci: ibu , bunuh , anak lelaki

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan