Dun Selangor Tiada Kuasa Gubal Undang-Undang Sekat Kebebasan Bersuara

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 8:37 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini Khamis diberitahu bahawa Dewan Undangan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi menyekat kebebasan bersuara dan memberi pendapat.
 
Peguam Malik Imtiaz Sarwar berkata di Malaysia, hanya Parlimen diberi kuasa menggubal undang-undang bagi menyekat kebebasan bersuara dan memberi pendapat.

Oleh itu, kata beliau, Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang diguna pakai terhadap kliennya, pengarah syarikat penerbitan ZI Publications Sdn Bhd, Mohd Ezra Mohd Zaid, bagi tuduhan menerbitkan buku karangan Irshad Manji yang diterjemah ke bahasa Melayu bertajuk 'Allah, Kebebasan & Cinta', adalah tidak sah. 

Malik berkata perkara berkaitan ZI Publication dan Mohd Ezra adalah bersangkut paut dengan kebebasan bersuara dan memberi pendapat.

Katanya hujah kerajaan Selangor bahawa kuasa perundangan untuk menggubal Seksyen 16 diambil daripada Senarai II Jadual Kesembilan, Item 1 Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh diterima kerana ia boleh menimbulkan percanggahan antara undang-undang persekutuan, yang tidak menganggap penerbitan bahan yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang negeri sebagai suatu jenayah.

Penolong Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Ahmad Fuad Othman, yang mewakili Kerajaan Selangor, peguam Mubashir Mansor yang mewakili Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, yang mewakili Kerajaan Malaysia, masing-masing berhujah bahawa Seksyen 16 enakmen negeri itu digubal secara sah oleh Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ahmad Fuad berkata Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama Item 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, memberi kuasa kepada dewan undangan negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan perwujudan dan hukuman bagi perkara yang dilakukan orang Islam yang bercanggah dengan hukum Islam dan untuk mengawal penyebaran doktrin serta kepercayaan.

Katanya peruntukan seperti Seksyen 16 boleh digubal oleh dewan undangan negeri bagi melindungi kesucian Islam.

Sementara itu, Mubashir berkata sekiranya Parlimen menggubal peruntukan yang dipersoalkan itu, ia akan mengubah ciri-ciri dan keaslian Perlembagaan Persekutuan, menjadikannya tidak sejajar dengan kedudukan Sultan sebagai ketua agama Islam.

Tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada ZI Publication dan Mohd Ezra untuk memfailkan rayuan bagi mencabar kesahan Seksyen 16 dari segi undang-undang dan mereka menamakan kerajaan Selangor sebagai responden.

Kerajaan Malaysia dan MAIS dibenar campur tangan dalam petisyen itu.

Mohd Ezra, 31, ditahan pegawai bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah.

Panel Mahkamah Persekutuan lima anggota dengan dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang mendengar petisyen itu, kemudian menangguhkan keputusan mereka kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.


Tags / Kata Kunci: kebebasan bersuara , DUN Selangor

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan