Surendran Fail Permohonan Rujuk Kes Hasutan Ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 6:33 PM

Surendran

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Padang Serai, N. Surendran pada Jumaat menfailkan permohonan bagi merujuk kes hasutan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Lateefa Koya memaklumkan perkara berkenaan ketika kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Bache.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Oktober ini untuk mendengar permohonan Surendran.

Lateefa ketika ditemui pemberita memberitahu pihaknya menfailkan permohonan itu bagi memohon hakim Mahkamah Sesyen mempertimbangkan sama ada terdapat persoalan perlembagaan berkenaan Akta Hasutan yang patut dirujuk di Mahkamah Tinggi sebelum kes itu dibicarakan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu pihaknya akan membuat bantahan awal terhadap permohonan tersebut.

Pada 28 Ogos lepas, Surendran, 48, didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kes liwat kedua, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dapat dibaca di laman sesawang Youtube, di Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya antara 2 petang hingga 4 petang, 8 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Tags / Kata Kunci: Surendran , hasutan , Mahkamah Tinggi

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan