Sebutan Kes Ahli Politik Didakwa Hina Islam 30 Oktober

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 12:17 PM

David Orok

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa  menetapkan sebutan untuk kes melibatkan seorang ahli politik yang didakwa menghasut, 30 Oktober ini.


David Orok, yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman menggunakan tiket Parti Reformasi Negeri (Star) pada pilihan raya umum ke-13, didakwa membuat komen yang menghina Islam dan Nabi Muhamad di laman sosial Facebook.

Ahli politik berusia 49 tahun itu yang dijamin sebanyak RM7,000, mengaku tidak bersalah pada 3 September lepas, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Roun, Jalan Labuaya, Topokon di Tuaran, pada 4 Julai lepas.

Orok yang hadir di mahkamah berhadapan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Peguambelanya Tengku Ahmad Fuad dan Henry Gudit memohon tarikh sebutan itu di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad bagi pihak pembelaan mendapatkan "plea bargain" untuk anak guam mereka.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dominic Chew berkata, pihak pendakwaan masih menunggu dokumen dan laporan berkaitan kes itu.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan