Jurutera Warga China Ke Tali Gantung Bunuh Rakan Sekerja

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 5:24 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang jurutera warga China dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi pada Selasa selepas didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya tiga tahun lepas. 

Fang Jin Zhong, 57, jurutera di sebuah kilang di Jalan Kapar, Bukit Raja, Klang, didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Loo Lee Keng, 28, pada 6 Julai 2011 di premis berkenaan. 

Pesuruhjaya Kehakiman Collin Lawrence Sequerah ketika menjatuhi hukuman itu berkata tertuduh yang sudah berumah tangga gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Mengikut fakta kes, Fang menyebabkan kematian Loo dengan menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan yang tercetus antara mereka di sebuah stor di premis berkenaan.

Mangsa ditikam sehingga mengenai jantung dan beberapa bahagian badan lain.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin manakala tertuduh diwakili peguam Lim Chi Chau dan Lai Chee Hoe.

Tags / Kata Kunci: jurutera , warga China , bunuh

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan