Bunuh: Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Suri Rumah, Sepupu

Diterbitkan: Selasa, 30 September 2014 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa  mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang suri rumah dan sepupunya kerana membunuh suami wanita itu yang mayatnya dijumpai ditanam di belakang rumah pasangan berkenaan.


Panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan akhir warga India Shamim Bano Mohammed Farooque, 46, dan sepupunya Javeed Akhtar Abdul Waheed, 44.

Raus berkata, keterangan terhadap kedua-dua mereka adalah sangat besar dan mahkamah mendapati sabitan terhadap mereka adalah kukuh.

"Kami mencapai keputusan sebulat suara. Tiada merit berhubung isu yang dibangkitkan oleh peguam bagi pihak perayu (Shamim Bano dan Javeed Akhtar). Kami dapati tiada sebab untuk mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi yang dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan," katanya.

Bersidang dalam panel itu bersama-sama Raus adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Datuk Ramly Ali serta Datuk Azahar Mohamed.

Pada 14 Mei 2009, Mahkamah Tinggi di Shah Alam menjatuhi hukuman mati selepas mendapati kedua-dua mereka bersalah membunuh Reyaz Ahamed Maruf, 39, pengarah urusan sebuah syarikat kitar semula plastik di rumah pasangan itu di Bandar Baru Bangi antara 3 pagi dan 5 pagi pada 8 November 2008.

Dua anak Shamim memberi keterangan di mahkamah bahawa mereka melihat Javeed mencekik bapa mereka manakala ibu mereka pula berada di tepi katil dan menekan dengan kuat tangan Reyaz.

Kedua-dua gadis itu turut memberi keterangan bahawa mereka melihat Javeed dan Shahmin menggali lubang di taman untuk menanam mayat bapa mereka.

Laporan awal menyebut Reyaz menikmati kari semasa makan malam yang dipercayai dicampur ubat tidur sebelum dia dibunuh.

Bagaimanapun, semasa perbicaraan, keterangan yang dikemukakan menerusi laporan bedah siasat menunjukkan tiada kesan ubat tidur atau dadah ditemui di dalam perut Reyaz.

Shamim Bano diwakili peguam T Vijay dan Javeed oleh peguam J  Kuldeep Kumar, manakala Timbalan Pendakwa Raya Asmah Musa bagi pihak pendakwaan.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan