Konstabel Polis Didakwa Dua Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 7:48 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4,000 daripada seorang individu, Ogos lepas.

Mohd Azrol Azreen Abu Hasan, 26, yang bertugas di Batalion 2, Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah meminta suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap tiga warga Myanmar yang tidak mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

Dia meminta suapan itu melalui panggilan telefon di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada 12 tengah hari, 31 Ogos lepas.

Sementara pada hari yang sama, tertuduh menerima suapan tersebut di Jalan Persiaran Meru Raya 5, Meru Raya di sini, pada 2.40 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 manakala bagi kesalahan menerima rasuah, dia didakwa di bawah Seksyen 17 (a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dengan dua penjamin dan menetapkan 28 Okt depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tags / Kata Kunci: rasuah , polis , UNHCR

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan