Rasuah: Warga Myanmar Dipenjara 10 Hari, Denda RM10,000

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 12:37 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang buruh binaan warga Myanmar pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memberi suapan RM100 kepada pegawai Imigresen, minggu lepas.

Hakim Amran Jantan turut memerintahkan M.D Arif, 18, dipenjara enam bulan lagi sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.

Tertuduh didakwa memberi suapan itu kepada Pegawai Imigresen Tinggi Kassullah Ramli daripada Jabatan Imigresen Negeri Melaka sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Arif didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan cadangan pembinaan dan perumahan Taman Desa Impian, Durian Tunggal, Alor Gajah pada 12.50 pagi, 16 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. 
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohammed Heikal Ismail dan tertuduh tidak diwakili peguam. 

Terdahulu pertuduhan dibacakan dalam bahasa Rohingya oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman diringankan kerana baru tiba di Malaysia dua bulan lalu selepas melarikan diri daripada pertempuran yang berlaku di kampungnya di Myanmar, menyebabkan tiga daripada sembilan adik-beradiknya terkorban.
Tags / Kata Kunci: rasuah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan