Penganggur Didakwa Bunuh Kanak-Kanak Lelaki Dua Tahun

Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 7:13 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun pada Febuari lepas.

Mohd Fahrur Radzi Chahat, 25, didakwa menekup dan menutup mulut Mohamad Irfan Abdul Hadi dengan jari tangan kanannya sehingga mangsa tidak bernafas di sebuah rumah di Jalan Bayan 14, Taman Bukit Katil pada kira-kira 10.30 malam 11 Februari lepas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkod selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Mohd Fafrur Radzi, dari Taman Seri Tanjung Indah, Tanjung Agas, Johor didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 28 Oktober untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa ASP Muhammad Juhari Haron. 

Tags / Kata Kunci: bunuh kanak-kanak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan