Pekerja Kargo Didakwa Ancam Lancar Bom

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 11:36 PM

Syafiq mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung amaran pelancaran misi mengebom di beberapa tempat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung amaran pelancaran misi mengebom di beberapa tempat.
   
Syafiq Abdul Rahim, 24, didakwa mengeluarkan kenyataan itu melalui Facebook atas profil Persatuan Kongsi Gelap Melayu dengan niat menakutkan orang awam.
   
Lokasi itu melibatkan kilang arak di Shah Alam, pusat beli-belah Pavilion, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kuil Batu Caves dan Masjid Negara.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Caltex, Jalan TK 4/5, Taman Kinrara, Bandar Kinrara, Subang Jaya, di sini pada 12.30 tengah hari, 24 Ogos lepas.
   
Bagi pertuduhan itu, Syafiq didakwa mengikut Seskyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
   
Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan Syafiq diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes. Dia membayar wang ikat jamin tersebut.
   
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan