Pegawai Kastam Didakwa Terima Rasuah RM300

Diterbitkan: Selasa, 23 September 2014 12:49 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai Kastam pada Selasa mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan RM300 daripada seorang individu Julai lalu.

Mohd Yusri Mohd Jonet, 35, yang kini bertugas di Bahagian Pemeriksaan Penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, didakwa menerima wang itu daripada seorang individu, berkaitan dengan tugas beliau sebagai pegawai penguatkuasa kastam Wilayah Persekutuan.

Kertas pertuduhan oleh pihak pendakwaan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menyatakan siapa individu terbabit.

Mohd Yusri dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan SS2, Petaling Jaya, pada 1.42 tengah hari, 27 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Husmarudin Husin meminta mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 tetapi peguam Gabriel Susayan yang mewakili Mohd Yusri meminta jaminan dikurangkan kepada RM3,000.

Hakim Datuk Noradidah Ahmad menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Beliau menetapkan sebutan semula kes itu pada 30 September.

Tags / Kata Kunci: kastam , rasuah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan