Kes Mat Sabu: Saya Tulis Artikel Berdasarkan Rakaman Video - Wartawan

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 4:43 PM

Mohamad Sabu.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Artikel dimana Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa membuat kenyataan berkaitan insiden Bukit Kepong, ditulis berdasarkan rakaman video dan bukannya kenyataan ketika beliau hadir dalam sesuatu majlis, kata penulis kepada Mahkamah Sesyen di sini Isnin.

Wartawan Utusan Melayu (M) Bhd, Mohd Asron Mustapha, 32, berkata dia menulis artikel 'Mohamad Sabu hina pejuang, anggap pengganas komunis hero sebenar Bukit Kepong berdasarkan ucapan beliau dalam sebuah rakaman video yang diterimanya daripada pembaca Utusan Malaysia, lima hari selepas ucapan itu dibuat pada 21 Ogos 2011.

"Selepas menilai dan menonton rakaman itu, selain mendapat pengesahan rakan saya di Pulau Pinang untuk mengesahkan ceramah itu berlaku dan rakaman itu adalah tulen, saya memproses ia menjadi bahan berita.

"Video tersebut yang berdurasi 45 minit mempunyai audio dan rakaman video yang jelas.

"Saya juga mempunyai pengalaman membuat liputan sidang media Mat Sabu dan berdasarkan pengecaman wajah dan suara beliau, saya yakin beliau adalah individu di dalam video tersebut," kata Mohd Asron.

Mohd Asron berkata, dia menghubungi Mat Sabtu untuk mendapatkan komen tetapi diberitahu beliau tidak bersedia untuk mengulas lanjut.

"Saya menghubungi Mat Sabu selepas artikel tersebut disiarkan tetapi apabila beliau mendapat tahu saya dari Utusan Malaysia, beliau tidak bersedia untuk memberikan kenyataan.

"Dalam ketiga artikel susulan mengenai isu itu yang juga ditulis oleh saya, saya mengambil kenyataan PAS dari surat berita Harakah Daily yang menyatakan Mat Sabu tidak ingat mengenai apa-apa yang diperkatakannya.

"Dalam konteks laporan yang adil, saya merasakan semua kehendak telah dipenuhi," katanya.

Mohd Asron menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abd Karim dalam perbicaraan kes Mat Sabu yang didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Mohd Asron berkata, sedikit penyuntingan dibuat terhadap artikel tersebut tetapi ia tidak mengubah konteksnya.



Tags / Kata Kunci: Mat Sabu , Bukit Kepong , PAS

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan