Pengarah Kastam Mengaku Tidak Bersalah Atas 8 Tuduhan Terima Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 12:25 PM

Mohd Nasir Said.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah kastam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah sebagai ganjaran kerana tidak mengambil tindakan terhadap minuman keras import tidak bercukai.

Datuk Mohd Nasir Said, 58, mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan menerima rasuah, dengan jumlah keseluruhan RM80,000, sebagai dorongan menggunakan kedudukannya sebagai pengarah kastam Perak untuk tidak mengambil tindakan terhadap minuman keras tidak bercukai atau syarikat yang dimiliki pemberi rasuah.

Menurut kertas pertuduhan, Mohd Nasir menerima rasuah di tempat letak kereta pasar raya besar Tesco di Taman Midah, Cheras pada Oktober 2012 antara Januari dan Julai tahun ini. 

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan. 

Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais meminta mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan.

Beliau turut memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, sebagai pegawai kastam lain didakwa di mahkamah itu.

Peguam, Mohd Nasir Che Azmi Che Omar yang membuat rayuan supaya ikat jamin dikenakan lebih rendah, berkata akaun guamnya telah dibekukan dan gajinya digantung. 

Peguam itu juga menyatakan bahawa Mohd Nasir telah berkhidmat dengan jabatan kastam selama 34 tahun, dan sepatutnya bersara dalam 16 bulan lagi.

Di bawah Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Mohd Nasir berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan.

Hakim, Rosbiah Hanin menetapkan jaminan secara keseluruhan sebanyak RM80,000, dengan seorang penjamin dan pasport Mohd Nasir diserahkan kepada mahkamah. 

Beliau menetapkan 23 Oktober untuk sebutan seterusnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan