Penganggur Didakwa Rogol, Rompak Wanita Kenalan Facebook

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis atas tiga pertuduhan iaitu merogol, melakukan seks luar tabii dan merompak wanita yang dikenalinya melalui facebook.

Mohamad Faiz Apandi, 28, dituduh merogol mangsa yang berusia 21 tahun itu di sebuah jalan di Brickfields pada 8 malam, 23 Ogos lepas dan didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut dituduh melakukan seks luar tabii terhadap mangsa di tempat, waktu dan tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Mohamad Faiz juga dituduh merompak telefon bimbit dan wang tunai RM200 milik wanita itu dengan bersenjatakan pisau di tempat, tarikh dan waktu yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama  yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan.

Hakim Azwarnida Affandi tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula bagi Mohamad Faiz melantik peguam.

Sebelum itu di Mahkamah Sesyen berlainan, Mohd Faiz menghadapi tiga lagi pertuduhan iaitu melakukan rompakan bersenjata, mencuri kereta dan satu pertuduhan pilihan memiliki harta curi iaitu sebuah kereta.

Dia dituduh merompak beg tangan Siti Hajar Mustafa, 23, bersenjatakan sebilah pisau, di Lorong Sentul Jaya, pada 4 pagi, 7 Ogos lepas dan didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang boleh dihukum sehingga 14 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mencuri kereta Perodua Myvi milik Hamidah Yon di tempat letak kereta hadapan kedai Benneli Showroom, Jalan Ipoh antara 4 pagi dan 6 pagi hari yang sama.

Sementara bagi pertuduhan pilihan, Mohamad Faiz didakwa memiliki harta curi iaitu kereta yang sama ketika berada di tepi jalan, di hadapan Hotel YY318, Jalan Pudu, pada 6.15 pagi 29 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Azman Ahmad turut tidak membenarkan tertuduh diikat jamin danmenetapkan 7 Oktober sebutan semula.

Kesemua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad dan S. Nithia.

Tags / Kata Kunci: rogol , ragut

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan