Kerani Mengaku Tidak Bersalah Sembunyi Harta Curi Lebih RM53,000

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 5:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kerani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Rabu atas pertuduhan menolong menyembunyikan wang curi berjumlah RM53,362.10, bulan lepas.

Patrick Parthiban, 26, dituduh melakukan kesalahan itu di dalam lif Pasaraya Haniffa, Wisma Haniffa Jalan Masjid India dekat sini pada 8.30 malam, 30 Ogos lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Azura Murah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dikehendaki melaporkan diri ke balai polis terdekat setiap hari Isnin sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi.

Sementara itu, di mahkamah sama, Nur Azura mengenakan hukuman denda masing-masing RM2,500 terhadap dua rakan setelah mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dua laras senapang buatan sendiri, Julai lepas.

Penghantar surat Razak Baharuddin, 40, dan bekas pekerja pembinaan Shahrudin Kanli, 34, dituduh bersama-sama melakukan kesalahan itu di No 9-2 Jalan 2.114a, Jalan Kuchai Lama, Taman Indrahana, 12.30 tengah malam, 5 Julai lepas dan didakwa mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.

Ketika rayuan, Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mohamad yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon supaya anak guamnya tidak dipenjarakan sebaliknya meminta mahkamah mengenakan hukuman denda yang setimpal dengan kesalahan mereka.

"Kedua-dua tertuduh menanggung keluarga masing-masing termasuk anak yang masih bersekolah," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran.

Tags / Kata Kunci: mahkamah majistret

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan