Azmi Sharom Mahu Cabar Keperlembagaan Akta Hasutan

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 3:17 PM

Azmi Sharom.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya , Prof Dr Azmi Sharom mahu mencabar keperlembagaan Akta Hasutan 1948.

Dr Azmi, 45, memohon satu perintah bahawa Mahkamah Sesyen merujuk kes hasutan beliau ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan keperlembagaan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 itu.

Beliau turut memohon perintah untuk menggantung kes tersebut sementara menunggu pertuduhan terhadapnya dibatalkan.

Peguamnya, Gobind Singh Deo berkata, Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi bagi menentukan perkara yang dibangkitkan di bawah Seksyen 30 Akta Mahkamah Pengadilan 1964.

Bagi menyokong permohonannya, Gobind yang diiringi Dr Azmi dan peguam Malik Imtiaz Sarwar berkata, Akta Hasutan tidak digubal oleh Parlimen.

"Ordinan Hasutan telah digubal pada 1948 sebelum merdeka. Ia disemak semula menerusi Undang-Undang Semakan Suruhanjaya dan diwartakan sebagai undang-undang.

"Ia tidak diluluskan menerusi Parlimen dan oleh itu ia tidak boleh menghalang hak Dr Azmi untuk bersuara seperti yang dibenarkan dibawah Artikel 10 (2) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, ia tidak mengikut Perlembagaan," katanya.

Pada 2 September lalu, Dr Azmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen  di sini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbaur hasutan dalam sebuah portal mengenai krisis politik di Perak pada 2009.


Tags / Kata Kunci: Prof Dr Azmi Sharom , Akta Hasutan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan