Penulis Bebas Didakwa Berhubung Komen Kepada KPN, PDRM

Diterbitkan: Isnin, 15 September 2014 2:32 PM

ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penulis bebas pada Isnin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyiarkan komen yang mengaib dan membangkitkan kemarahan Ketua Polis Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui akaunTwitternya, pada Hari Kemerdekaan.

Wong Hoi Cheng, 43, (he) membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen di sini sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.

Dia didakwa menyiarkan komen melalui akaun Twitterhttp://twitter.com./wonghoicheng dengan sengaja mengaib dan membangkitkan kemarahan kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar dan anggota serta pegawai PDRM, yang mungkin kemarahan itu akan menggugat keamanan awam, di sebuah restoran di Mid Valley, Brickfields,  pada 2 petang, 31 Ogos lepas.

Wong, yang juga anggota Parti Rakyat Malaysia, didakwa mengikut Seksyen504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya kepada Khalid di akaun Twitter sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Wong didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Abdul Rashid membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Arafas Abdul Razak. 

Tags / Kata Kunci: Wong Hoi Cheng

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan