Kes Beng Hock: SPRM Akan Beri Kerjasama

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 8:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan keadilan tercapai dalam kes kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor Teoh Beng Hock.

Kenyataan SPRM menyebut suruhanjaya itu mengambil maklum dan menerima keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes itu Jumaat.

"SPRM pada masa yang sama menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan Peguam Negara untuk membuat keputusan muktamad sama ada untuk mendakwa atau tidak mana-mana pihak yang terlibat."

Menurut kenyataan itu, SPRM juga berharap tindakan dapat diambil agar satu penyelesaian muktamad dapat dibuat secepat mungkin.

Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka dalam kes itu dan memutuskan bahawa kematian Teoh adalah akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Beng Hock, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, yang sebelum ini menempatkan ibu pejabat SPRM, pada pagi 16 Julai 2009.
Tags / Kata Kunci: SPRM , Teoh Beng Hock

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan