Saman Fitnah Syarikat Perlombongan Emas Terhadap Penduduk Raub Selesai

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 10:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saman fitnah yang difailkan sebuah syarikat perlombongan emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd terhadap penduduk Kampung Bukit Koman di Raub, selesai pada Rabu.

Penyelesaian itu dibuat selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam menasihati kedua-dua pihak menyelesaikan pertikaian berhubung satu laporan pada 2 ogos 2012 bertajuk 'Raub folk to rally against poisonous gold'.

Beliau kemudian merekod penyelesaian itu dalam mahkamah terbuka di sini selepas peguam Sunil Abraham, yang mewakili syarikat berkenaa, memaklumkan mahkamah bahawa mereka bersetuju menyelesaikan kes itu dan menarik balik tuntutan.

Yeo mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit kerana menyelesaikan perkara itu dan tidak membuat sebarang perintah berkaitan kos.

Terdahulu, seorang penduduk, Wong Kin Hoong, 66, yang diwakili peguam Jessica Binwani, memohon maaf kepada plaintif atas sebarang keaiban atau kesulitan yang mungkin timbul disebabkan penerbitan artikel itu.

Saman itu difailkan pada 4 Sept tahun lepas dan syarikat terbabit mendakwa Wong, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Mengharamkan Penggunaan Sianida Dalam Perlombongan Emas di Raub, Pahang (BCAC), telah menimbulkan kebimbangan terhadap operasi di lojinya di Kampung Bukit Koman.

BCAC mengadakan sidang akhbar pada 2 Ogos 2012 dan satu artikel yang didakwa berunsur fitnah disiarkan pada hari sama dalam laman sesawang Malaysiakini.

Syarikat itu mendakwa perkataan yang digunakan bertujuan mengaibkan plaintif. 

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan