Rasuah: Pembantu Penguasa Kastam Dipenjara 5 Bulan

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 2:16 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang Pembantu Penguasa Kastam dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan meminta rasuah RM500, tahun lepas.

Hakim Madihah Harullah memerintahkan tertuduh Haminuddin Mohamed Hair, 40, menjalani hukuman penjara empat bulan lagi jika gagal membayar denda itu.

Sebelum itu, tertuduh yang ketika itu bertugas di Unit Eskport Import Kastam, Cawangan Zon Perdagangan Bebas (ZPB) Kargo MAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, turut mengakui fakta kes.

Dia dituduh meminta suapan RM500 daripada Sahabudin Mohamed Gani sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap Sahabudin yang menjual dan menyimpan rokok tidak dibayar cukai.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pasar Mini Saburthan, Lot 326, Kampung Banggol Pasir, Jalan Air Kuning-Changkat Jering pada pukul 4 petang, 13 Mei tahun lepas.

Haminuddin didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tags / Kata Kunci: Rasuah , Penguasa Kastam

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan