'Taib Mahmud Bukan Individu Terkaya Di Malaysia' - Anak

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 5:50 PM

Mahmud Abu Bekir.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Individu terkaya di Malaysia bukan Tun Abdul Taib Mahmud, kata anak lelakinya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir kepada Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Selasa.

"Dakwaan tersebut dilemparkan dalam keadaan marah dan tidak benar - sampai ke satu tahap dia (bekas isteri) mendakwa bapa saya individu terkaya di Malaysia," katanya.

Mahmud memberi keterangan dalam perbicaraan kes tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta dan tuntutan harta sepencarian yang difailkan oleh bekas isterinya, Shahnaz A.Majid, 51.

Beliau berkata, dia tidak faham dengan tuntutan Shahnaz yang mencecah 'ratusan juta ringgit'.

"Ia tidak masuk akal," kata Mahmud.

Mahmud turut mempertikaikan dakwaan Shahnaz yang mengatakan beliau terlibat dalam perniagaan bernilai jutaan ringgit dan merupakan pengerusi eksekutif, Cahya Mata Sarawak, ketika beliau sebenarnya memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi.

"Dia kata kami mempunyai kelapa sawit di tanah kami sendiri yang menjana pendapatan. Kami hanya mempunyai belukar diatasnya dan jika anda mahu menilai ia sebagai kelapa sawit... jadi dia telah berbohong," kata Mahmud.

Beliau menjelaskan bahawa tanah yang diterima oleh syarikatnya dari kerajaan Sarawak adalah sebagai bayaran bagi projek kerajaan seperti jambatan.

"Kerajaan negeri tidak mempunyai wang untuk membayar saya, jadi ia adalah sebagai bayaran kepada projek itu," kata Mahmud.

Beliau turut menyangkal dakwaan Shahnaz bahawa dirinya mempunyai aset bernilai jutaan ringgit selain memiliki beberapa akaun bank di luar negara.

"Mahkamah ini menjadi satu cara kepada ahli politik pembangkang untuk memburukkan nama saya dan keluarga kerana dakwaan tidak tepat itu. Mereka mendakwa bapa saya sebagai korup sepanjang beliau berkhidmat untuk negeri Sarawak dengan jujur," katanya.

Terdahulu, Mahmud menafikan beliau menumbuk dan mencekik Shahnaz.

Beliau bagaimanapun mengakui menolak Shahnaz sekali apabila dia cuba mencederakan mukanya.

"Berlaku insiden dimana dia mahu mencakar wajah saya tetapi saya menolak tangannya dan dia terjatuh ke lantai.

"Dia tidak cedera kerana dia terjatuh di atas karpet dan tidak terhantuk dekat mana-mana kerusi, dinding atau lantai," kata Mahmud.

Mahmud berkata, Shahnaz berkelakukan ganas terhadapnya lebih daripada sekali.

"Dia cuba mencakar wajah saya kerana dia fikir saya menipunya. Apabila dia beritahu saya memukulnya, dia menipu. Tiada bukti dan juga saksi," katanya.

Perbicaraan akan disambung di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab pada 9 September ini.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan