Adun Seri Delima Dibebaskan Pukul 4 Pagi

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 9:46 AM

RSN Rayer

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer telah dibebaskan oleh pihak polis kira-kira pukul 4 pagi Selasa.

Rayer yang juga Ketua Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang bagi kawasan Seri Delima ditahan pada Isnin apabila dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk mengendalikan pembebasan ahli-ahli PPS yang ditahan selepas menghadiri perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat negeri. 

Beliau merupakan wakil rakyat DAP kedua yang ditahan berkaitan isu PPS.

Pengerusi PPS dan Exco negeri Phee Boon Poh yang ditahan pada Ahad telah dibebaskan pada pukul 6.05 petang pada hari berikutnya.

Menurut Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik yang berada di ibu pejabat polis daerah Timur Laut berhubung pembebasan Rayer berkata beliau difahamkan bahawa Rayer akan dibebaskan di antara pukul 7 hingga 8 pagi hari Selasa.

"Bagaimanapun, selepas memeriksa dengan pihak polis, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Polis (ACP) Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan pembebasan telah dibuat pada pukul 4 pagi. 

"Rayer kini sedang berehat di rumah," katanya.

Terdahulu, Mior berkata Rayer telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana menjadi ahli pertubuhan  yang menyalahi undang-undang.

Kesalahan itu membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara, atau denda RM 5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, semua 156 ahli PPS yang telah ditahan di bawah seksyen yang sama telah dibebaskan pada Isnin.
Tags / Kata Kunci: RSN Rayer , Adun SEri Delima , PPS

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan