Pensyarah UM Azmi Sharom Mengaku Tidak Bersalah

Diterbitkan: Selasa, 2 September 2014 12:30 PM

Azmi Sharom

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya  Azmi Sharom mengaku tidak bersalah selepas didakwa di bawah Akta Hasutan pada Selasa berhubung komen di sebuah portal mengenai krisis di Perak pada 2009. 

Azmi, yang juga kolumnis The Star, didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Dia dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 manakala mahkamah menetapkan perbicaraan pada 3 Oktober.

Di bawah seksyen itu, sesiapa yang melafazkan apa-apa kenyataan menghasut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000, hukuman penjara tidak lebih dari tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Azmi adalah yang terbaharu didakwa di bawah Akta Hasutan baru-baru ini, selepas Ahli Parlimen Padang Serai N. SurendranKhamis didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Khamis lepas.

Ini adalah tuduhan hasutan kedua dibuat terhadap Surendran, yang didakwa menghasut pada 19 Ogos.

Dalam pertuduhan pertama, penyandang Naib Presiden PKR ini didakwa membuat kenyataan mengenai penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes liwat kedua Anwar dalam video YouTube.

Tags / Kata Kunci: Azmi Sharom , Akta Hasutan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan