Kes Rayuan Khir Toyo Ditangguh Lagi Kerana Masuk Hospital

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 1:17 PM

Dr Mohamad Khir Toyo

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perbicaraan rayuan akhir kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo terhadap pensabitan dan hukuman penjara 12 bulan kerana rasuah, ditangguh kepada 6 November depan kerana dia dimasukkan ke hospital, Rabu.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu panel lima anggota Mahkamah Persekutuan bahawa anak guamnya menghidap pening kepala yang teruk, hingga tidak boleh berjalan dan dimasukkan ke Hospital Pakar DEMC, Shah Alam.

Muhammad Shafee turut menyerahkan kepada mahkamah, surat daripada Dr Rashidi Saidin, pakar perunding dan pakar nefrologi hospital itu, di Shah Alam yang menyatakan Dr Mohamad Khir dibawa ke Jabatan Kecemasan hospital itu Rabu kerana pening kepala yang teruk yang ada kaitan dengan sakit tengkuk yang dihidapinya.

Surat itu juga menyatakan bahawa Dr Mohamad Khir didiagnos menderita sakit servikal spondylosis dan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Kami tidak tahu berapa lama beliau akan berada di hospital. Ini pertama kali perayu tidak hadir di mahkamah atas sebab peribadi. Kami memohon penangguhan," kata Muhammad Shafee.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel itu berkata, ini kali kedua sebenarnya perbicaraan rayuan itu ditangguhkan.

Beliau berkata, orang ramai perlu diberitahu bahawa kes itu tidak ditangguhkan oleh mahkamah.

Beliau juga memberitahu Muhammad Shafee supaya memastikan kehadirannya pada tarikh perbicaraan yang akan datang kerana beliau memang diketahui banyak mengendalikan pelbagai kes mahkamah.

Perbicaraan rayuan itu ditetapkan Khamid selepas ditangguhkan pada 15 April lepas ini atas permintaan Muhammad Shafee kerana beliau mengahdiri satu persidangan di Jepun.

Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memberitahu mahkamah bahawa beliau tiada bantahan untuk menangguhkan kes itu.

Pada 23 Disember 2011, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir, 49, bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 47, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam empat tahun sebelum itu daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan.

Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di kediaman rasminya sebagai Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Mahkamah Tinggi itu juga memerintahkan hartanah itu dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.

Pada 30 Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuan Dr Mohamad Khir dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Dia kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.



iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan