Anwar Tarik Balik Saman RM100 Juta Terhadap Syed Hamid Albar

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 2:55 PM

Syed Hamid Albar

Syed Hamid Albar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung satu artikel akhbar, selesai selepas Anwar menarik balik saman itu.

Anwar bersetuju untuk tidak meneruskan saman itu selepas Syed Hamid membacakan pernyataan maaf bertulis kepada plaintif di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.

Saman itu dijadual untuk didengar selama dua hari mulai Khamis.

Anwar memberitahu pemberita, Syed Hamid membacakan pernyataan ringkas itu dalam prosiding di dalam kamar Nik Hasmat yang menyatakan beliau tidak berniat untuk menjejaskan reputasi Anwar menerusi kenyataan akhbar seperti dilaporkan akhbar harian, The Star pada 2 Julai 2008.

Ketua pembangkang itu berkata, memandangkan bekas menteri itu menegaskan bahawa apa jua yang dilaporkan akhbar berkenaan berkaitan kenyataannya, bukanlah maksud yang ingin dinyatakannya, beliau (Anwar) bersetuju menerima permohonan maaf itu.

Anwar memfailkan saman itu pada 29 Ogos 2008 dan menamakan Syed Hamid sebagai defendan pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, Anwar mendakwa Syed Hamid mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah terhadapnya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen pada 2 Julai 2008, dan disiarkan akhbar The Star pada hari berikutnya.

Anwar berkata, artikel yang disiarkan akhbar itu berdasarkan kenyataan Syed Hamid menggambarkan beliau seorang pengkhianat, tidak setia kepada agama dan bangsa serta seorang yang tidak boleh dipercayai.

Selain ganti rugi RM100 juta, Anwar turut menuntut ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Dalam prosiding hari ini, Anwar diwakili peguam S N Nair, manakala peguam kanan persekutuan Mohamad Abazafree Mohd Abas mewakili Syed Hamid.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan