Wanita Vietnam Didenda RM2,000 Kerana Mencuri

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 5:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM2,000 ke atas seorang wanita warga Vietnam pada Isnin  mengaku bersalah mencuri dompet mengandungi wang RM1,500, minggu lepas.

Lanh Thi Dua, 46 didakwa melakukakan kesalahan itu dengan cara menyeluk saku beg milik Low Choy Ping, 43 di pasar pagi di OUG, Jalan  Hujan Rahmat, Brickfields pada pukul 9.15 pagi, 17 Ogos lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya dan jika merupakan kesalahan kedua tertuduh, dia boleh dikenakan hukuman sebat.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama empat bulan jika gagal membayar denda itu dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Peguam Vincent Chew Zixian yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan tertuduh telah insaf atas perbuatannya.

Di mahkamah sama, seorang tukang cuci warga Bangladesh turut didenda RM2,000 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menceroboh masuk rumah rakan sekerjanya.

Jubayer Ahmad Jone, 25 dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman Azam Mohd Bakar beralamat  Block D, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai Sungai Besi, Cheras pada 12.10 tengah malam, 13 Ogos lepas.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

Erry Shahriman turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara selama empat bulan jika gagal membayar denda itu dan Jubayer membayar denda berkenaan.

Peguam Ahmad Ridza Mohd Noh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan tertuduh tidak berniat untuk mencuri atau mencederakan penghuni rumah itu.

Mengikut fakta kes, Azam yang ketika itu tiada di rumah, telah menerimapanggilan telefon dari anaknya yang menyatakan ternampak seorang lelaki seperti menunggu di depan rumah mereka.    

Azam yang berasa tidak sedap hati, terus pulang ke rumah dan mendapati tertuduh yang tidak berbaju sedang cuba mengumpil pintu bilik isterinya yang dikunci dari dalam.

Tags / Kata Kunci: mencuri , wanita vietnam , Bangladesh

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan