Pindah Wang Mangsa MH370: Suami Isteri Diarah Lantik Peguam

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 1:49 PM

Pegawai bank, Nur Shila Kanan dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas beberapa tuduhan berhubung pengeluaran wang membabitkan RM110,643 dari empat akaun mangsa pesawat MH370. Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer menghadapi tiga pertuduhan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Isnin memberi tempoh sebulan kepada seorang pegawai bank dan suaminya untuk melantik peguam berhubung kes memindah dan mengeluarkan wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370, antara Mei dan Julai lepas.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, untuk mereka melantik peguam.

Norsharidah kemudian menetapkan 25 Sept ini untuk sebutan semula kes itu selepas ia disebut di hadapannya.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih belum menyerahkan sebarang dokumen kepada tertuduh atau mana-mana peguam yang akan mewakili mereka.

Pada 20 Ogos lepas, Nur Shila dan Basheer Ahmad Maula, masing-masing berdepan 12 dan empat pertuduhan, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Pasangan itu dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 setiap seorang.

Nur Shila menghadapi empat pertuduhan memindahkan wang milik rakyat Malaysia Hue Pui Heng berjumlah RM40,000 ke akaun rakyat China, Tian Jun Wei manakala RM35,000 lagi dipindahkan ke akaun Ali Faran Khan.

Dia didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nur Shila turut berdepan tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu borang permohonan baharu kad debit atas nama Tian dan dua borang pindahan tempatan akaun simpanan atas nama Ju Kun, wargan China dan Tan Size Hiang, seorang pramugara.

Dia juga didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu Borang Permohonan Perkhidmatan Perbankan Internet atas nama Judy Margaret Lai untuk mendapatkan 'Security Device' bagi mengaktifkan perkhidmatan perbankan internet.

Bagi keempat-empat kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nur Shila juga menghadapi dua pertuduhan menipu penyelia bank, Nor Aini Derus

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , Mahkamah

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan