Saya Tidak Tahu Lokasi Alvin - Ibu

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 9:58 AM

Alvin Tan gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu kepada blogger seks, Alvin Tan Jye Yee memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia tidak mengetahui lokasi anaknya selepas tertuduh gagal menyerahkan pasport untuk kali ketiga.

"Saya merinduinya," kata All Kim Lian, 57.

Menurut Kim Lian, dia cuba menghubungi dan meninggalkan mesej kepada anak lelakinya tetapi tidak jawapan.

"Saya menunggu kepulangannya tetapi saya tidak tahu lokai dia. Saya sudah tua dan tidak tahu banyak perkara.

"Saya harap mahkamah tidak akan mengambil wang saya (wang hak jaminan RM20,000)," katanya dihadapan Hakim Abdul Rashid Daud di sini, Jumaat.

Kim Lian berkata demikian ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yong  Anne Nee mengapa wang jaminan terhadap tertuduh tidak boleh dilucutkan selepas Alvin gagal hadir ke mahkamah.

Seorang lagi penjamin, Loo Ching Ching, 44, berkata usahanya untuk menghubungi Alvin menerusi telefon dan mesej juga tidak berhasil.

Terdahulu, Yong memohon mahkamah melucutkan hak jaminan terhadap Alvin secara keseluruhan memandangkan kedua-dua penjamin gagal memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah sebanyak dua kali dan menyerahkan jaminan itu kepada kerajaan atau Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, peguam Chong Joo Tian berkata, penjamin terbabit hanya gagal memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah, namun mematuhi syarat tambahan lain iaitu melaporkan diri sebulan sekali ke balai polis.

Selepas mendengar penjelasan dan hujahan kedua-dua pihak, Abdul Rashid tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

Bagaimanapun, mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.

Beliau turut menetapkan 3 Oktober depan untuk sebutan semula kes itu.

Alvin dan teman wanitanya, Vivian Lee atau Lee May Ling, 25, didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers mengikut Akta Hasutan 1948.

Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)' yang mengandungi logo halal.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lalu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini. 

Tags / Kata Kunci: Alvin Tan , blogger seks

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan